Meizu M3 Note Hadir Dengan Helio P10, Pengimbas Cap Jari, Dan Bateri 4100mAh

Meizu M3 Note Hadir Dengan Helio P10, Pengimbas Cap Jari, Dan Bateri 4100mAh

Diterbitkan pada Apr 6, 2016 oleh .

Bercakap mengenai pengeluar peranti mudah-alih dari China, salah satu jenama yang popular dan mempunyai penawaran mereka di Malaysia adalah Meizu. Hari ini, Meizu telah mengadakan sebuah acara media khusus di China, dan melaluinya, mereka telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Meizu M3 Note.

Meizu M3 Note

Meizu M3 Note hadir daripada keluarga peranti berspesifikasi pertengahan, dan menawarkan harga yang mampu milik.

Dari segi spesifikasi, telefon bersaiz 5.5-inci ini menggunakan cip pemprosesan Helio P10 daripada MediaTek, dilengkapi memori dalam pilihan 2GB atau 3GB RAM, serta ruangan storan dalam pilihan 16GB atau 32GB.

Pengguna turut disediakan dengan kamera belakang 13-megapixel, serta kamera hadapan 5-megapixel. Menjana peranti ini adalah bateri berkapasiti 4100mAh. Meizu M3 Note ini juga turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari yang diintegrasikan pada butang Home dihadapan.

Meizu M3 Note

Dengan apa yang ditawarkan, ia boleh dikatakan bersaing dengan Redmi Note 3 yang telah mula dijual di Malaysia bermula hari ini.

Meizu M3 Note dijangka hadir ke Malaysia sekitar penghujung April 2016 ini, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai harganya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN