Carian
Huawei P9 Dan P9 Plus Dilancarkan – Dilengkapi Dwi-Kamera Dengan Pengesahan Leica
April 6, 2016 Effi Saharudin

Ura-ura tentang kewujudan Huawei P9 telah lama kami dengari dan begitu juga beberapa gambar peranti ini sudah tertiris sebelum ini. Hari ini akhirnya Huawei melancarkan peranti utama mereka untuk tahun 2016 secara rasminya. Dua model dilancarkan dibawah keluarga Huawei P9, iaitu Huawei P9 dan P9 Plus.

Huawei-P9-8Kita mulakan dahulu dengan Huawei P9 Plus. Ia mempunyai skrin sebesar 5.5″ AMOLED HD penuh dengan teknologi Press Touch (seakan 3D touch), diperkasakan pemproses HiSilicon Kirin 955, RAM sebesar 4GB dan muatan dalaman sebesar 64/128 GB. Bateri sebesar 3400 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas.

Kemampuan optik pula ialah kamera berkembar 12 Megapixel f/2.2 yang menggunakan teknologi yang disahkan oleh Leica pada bahagian belakang dan 8 Megapixel  f/2.4 pada bahagian hadapan.  Kamera pertama mengambil gambar berwarna manakala kamera dua menggunakan sensor hitam putih. Menurut Huawei dengan menggabungkan gambar dari kedua-dua sensor, kualiti kontras pada gambar akan meningkat 50%. Secara teorinya ini akan memberikan kemampuan mengambil gambar pada keadaan pencahayaan rendah yang baik. Sistem pemfokusan laser disertakan tetapi tiada pula sokongan OIS. Dari segi kemampuan rakaman video pula, P9 Plus masih tidak menyokong rakaman pada resolusi 4K.

Huawei-P9-1

P9 pula ialah edisi sedikit bersaiz kecil dengan skrin 5.2″ IPS LCD HD penuh tanpa sokongan Press Touch. Perbezaan lain ialah jumlah RAM hanya 3 Gigabyte untuk edisi 32 Gigabyte dan RAM 4 Gigabyte untuk edisi 64 Gigabyte. Bateri juga dikecilkan sedikit kepada 3000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas. Terdapat tiga model dihasilkan dan aneh sekali hanya model yang menyokong satu SIM mempunyai sokongan NFC.

Huawei-P9-7

Kedua-dua Huawei P9 mempunyai tubuh diperbuat daripada logam dengan sistem pengimbas cap jari terbina pada bahagian belakang. Port pengecasan USB-C digunakan pada peranti ini sama seperti yang dilihat pada Nexus 6P sebelum ini. Sistem operasi Android Marshmallow digunakan dengan pelancar EMUI 4.1. Dari segi pilihan warna P9 hadir dengan enam warna manakal P9 Plus hadir dengan empat warna.

Huawei P9 dijual akan pada harga £449 (~RM 2478) manakala P9 Plus pula pada harga bermula £ 549 (~RM 3030). Masih tiada tarikh rasmi berkaitan bilakah ia akan ditawarkan di pasaran Malaysia buat masa ini.

https://www.youtube.com/watch?v=9BvX_GA3D6U

Komen