eGames Diumumkan – Acara e-Sukan Dengan Gaya Seumpama Olimpik

eGames Diumumkan – Acara e-Sukan Dengan Gaya Seumpama Olimpik

Diterbitkan pada Apr 7, 2016 oleh .

Arena e-sukan kian berkembang pesat sejak setahun dua ini, dan ramai yang mula menyertainya. Terkini, kerajaan UK dilihat ingin mengadakan sebuah inisiatif baru dipanggil sebagai eGames dan ingin memfokuskan kepada sebuah acara e-sukan seumpama sukan Olimpik.

eGames RIO

Melalui eGames, acara ini akan hanya memfokuskan kepada penawaran hadiah berupa piala sahaja. Buat masa ini, beberapa negara telah menyatakan sokongan untuk menyertainya, termasuk Kanada, Brazil, Amerika Syarikat dan UK.

eGames pertama akan diadakan di Rio De Janeiro ketika Olimpik, dan ia akan diadakan selama dua hari lamanya. Maklumat lanjut mengenai dengan eGames ini dijangka akan dikongsikan dalam bulan ini atau Mei 2016.


TIPS & ULASAN