U Mobile Menawarkan Perkhidmatan Perayauan Di Lebih 20 Destinasi Serendah RM10 Sehari

U Mobile Menawarkan Perkhidmatan Perayauan Di Lebih 20 Destinasi Serendah RM10 Sehari

Diterbitkan pada Apr 7, 2016 oleh .

U Mobile sedia menawarkan akses data percuma sebanyak 50MB ketika pengguna ke luar negara, membolehkan pengguna membuat semakan pantas emel, selain berhubung dengan rakan-rakan menggunakan perkhidmatan permesejan. Terkini, mereka sekali lagi mencuri perhatian ramai dan memperkenalkan U Data Roam pada harga serendah RM10 sehari di lebih 20 destinasi.

U Data Roam

Melalui langganan RM10 sehari, pengguna boleh menikmati akses data tanpa had pada talian pascabayar dan prabayar U Mobile. Seperti biasa, pengguna perlu memastikan mereka berhubung dengan talian rakan kerjasama pihak U Mobile. Tawaran untuk RM10 sehari ini terhad untuk beberapa buah negara sahaja, termasuk di Singapura, Indonesia, Korea Selatan, Filipina, India, Hong Kong dan beberapa yang lain.

Disamping itu, untuk beberapa negara lain, U Data Roam ditawarkan pada harga RM36 sehari untuk akses data tanpa had yang sama.

Penawaran promosi U Mobile ini adalah terhad antara hari ini sehingga 31 Disember 2016 kelak sahaja.


TIPS & ULASAN