Xiaomi Mi Band Baru Dengan Panel Paparan Bakal Hadir Tidak Lama Lagi

Xiaomi Mi Band Baru Dengan Panel Paparan Bakal Hadir Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Apr 7, 2016 oleh .

Xiaomi mempunyai pelbagai peranti berhubung dibawah portfolio mereka, termasuk salah satu yang popular adalah gelang tangan pintar mereka, Mi Band. Xiaomi sebelum ini telah hadir dengan Mi Band dan pada tahun lepas telah memperkenalkan Mi Band Pulse dengan sensor mengimbas kadar denyutan jantung.

Xiaomi Mi Band Pulse

Mi Band Pulse ini baru sahaja dijual di Malaysia, iaitu pada harga RM79 – yang mana boleh dikatakan sangat murah jikalau dibandingkan dengan pelbagai pesaing yang lain.

Terkini, melalui temuramah CEO Huami (pembuat Mi Band sebelum ini), ia dilihat Mi Band generasi baru sedang dalam pembangunan, dan ia dijangka hadir tidak lama lagi. Mi Band generasi baru ini dijangka akan menyertakan sebuah panel paparan yang membolehkan pengguna melihat beberapa info asas. Dengan penyertaan panel paparan, harga jualannya juga dilihat akan sedikit meningkat berbanding harga Mi Band sedia ada.

Disamping Mi Band generasi baru, Xiaomi juga dikatakan sedang dalam pembangunan jam tangan pintar yang turut dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN