Facebook sejak daripada tahun lepas telah mula mengoperasikan Messenger secara berasingan, sekaligus membolehkan ia ditambah dengan pelbagai fungsi baru dengan lebih pantas. Terkini, beberapa fungsi baru hadir ke Facebook Messenger, termasuk antaranya adalah sokongan kod, nama pengguna dan juga pautan ringkas.
Melalui kemaskini baru yang diperkenalkan bermula hari ini, kini setiap pengguna disediakan dengan kod profil Facebook Messenger khusus, dimana rakan anda yang lain boleh menambah anda dengan mengimbas kod tersebut.
Disamping itu, pengguna juga kini disediakan dengan pautan ringkas berdasarkan kepada nama pengguna mereka. URL ringkas yang disediakan oleh Facebook Messenger adalah dengan m.me/
Pada masa yang sama, kini ia turut diketahui yang mana Facebook Messenger mempunyai pengguna aktif seramai 900 juta orang setiap bulan.