Masih Menggunakan Windows XP Dan Vista? Tiada Lagi Kemaskini Chrome Untuk Anda

Masih Menggunakan Windows XP Dan Vista? Tiada Lagi Kemaskini Chrome Untuk Anda

Diterbitkan pada Apr 7, 2016 oleh .

Sistem operasi Windows XP merupakan sistem operasi yang telah sekian lama berada di pasaran. Walaupun sokongan untuknya telah mula dihentikan, masih ramai pengguna yang menggunakannya sehingga ke hari ini.

Google Chrome LogoTerkini, bagi anda yang menggunakan Windows XP atau Windows Vista, pihak Google telah menamatkan sokongan Chrome untuk sistem operasi berkenaan – membuatkan tiada lagi kemaskini pelayar web baru yang akan diterima untuk komputer anda.

Disamping kedua-dua sistem operasi berkenaan, sokongan untuk OS X 10.6, 10.7 dan 10.8 turut ditamatkan, selain untuk Debian 7 dan Ubuntu 12.04 serta sebelumnya.

Untuk makluman, walaupun tiada kemaskini diterima, pengguna masih boleh kekal menggunakan pelayar web berkenaan. Tetapi, berkemungkinan terdedah kepada masalah sekuriti, ataupun tidak akan menerima kemaskini untuk menggunakan teknologi web yang baru.

Seperti biasa, pengguna dinasihatkan untuk menaik-taraf kepada sistem operasi yang lebih terkini untuk kekal menikmati kemaskini baru daripada Google.


TIPS & ULASAN