Jaringan Gentian Karbon Digunakan Untuk Menjadikan Bangunan Kalis Gempa Di Jepun

Jaringan Gentian Karbon Digunakan Untuk Menjadikan Bangunan Kalis Gempa Di Jepun

Diterbitkan pada Apr 8, 2016 oleh .

Gentian karbon adalah jauh lebih ringan daripada besi tetapi mempunyai kekuatan yang lebih tinggi. Oleh itu ia adalah bahan ganti yang baik untuk komponen kereta lumba dan juga pesawat. Kini gentian karbon digunakan di Jepun sebagai ganti kepada kabel besi bagi menjadikan bangunan kalis gempa bumi di Jepun. Gentian karbon dipintal menjadi seperti kabel dan dipasang seakan jaring pada bahagian luaran dan dalaman bangunan.Ini akan mengelakkan bangunan dari berayun sekaligus mengalami kerosakan teruk ketika gempa berlaku.

gentian karbon Jepun 2Melalui teknik CF Rod ini, bangunan-bangunan lama yang tidak dibina untuk tahan gempa dapat diubah suai tanpa dengan pantas.Idea penggunaan jaringan kabel gentian karbon ini dipelopori oleh Kenji Kuma, seorang jurubina. Bangunan lama syarikat tekstil di bandar Nomi di atas dapat menahan gegaran gempa bumi selepas diberikan “selimut” gentian karbon pada bahagian luar dan dinding dalamannya.


TIPS & ULASAN