Cari @ Amanz

Kamera video 360 untuk peranti realiti maya ialah trend yang kami rasakan akan mendapat perhatian pengguna tahun lalu. Ini adalah kerana peranti realiti maya seperti Oculus Rift dan Samsung Gear VR yang mendapat sambutan yang menggalakkan. YouTube sendiri sudah menyokong video 360 darjah sejak Mac tahun lalu. GoPro tidak mahu ketinggalan dan menghasilkan Omni, sebuah sistem kamera yang mampu merakam video realiti maya rekaan mereka sendiri.

GoPro-Omni-1Ia terdiri daripada cagak khas berbentuk kiub dan enam kamera GoPro Hero 4 Black. Keenam-enam kamera akan merakam secara serentak dan video yang dirakam kemudian boleh disambungkan menjadi video 360 darjah. Harga jualan masih belum diumumkan tetapi pastinya agak mahal kerana mempunyai enam kamera GoPro Hero 4 Black yang berharga lebih RM 2000 setiap satu. Kepada mereka yang sudahpun memiliki beberapa kamera aksi GoPro, mereka mempunyai perancangan untuk hanya menjual cagak untuk enam kamera ini secara berasingan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd