iPhone 6 SE – Kit Mengubahsuai iPhone SE Menjadi Sebuah iPhone 6S Mini

iPhone 6 SE – Kit Mengubahsuai iPhone SE Menjadi Sebuah iPhone 6S Mini

Diterbitkan pada Apr 8, 2016 oleh .

Harga jualan iPhone SE di Malaysia sudah diketahui dan ianya adalah peranti iPhone paling murah yang boleh anda miliki. Ya kami sedari masih ramai merasakan harga SE adalah terlalu mahal tetapi ia adalah antara peranti paling berkuasa di pasaran dengan saiz yang kecil. Masih terdapat pengguna yang mahukan peranti kecil kerana ianya lebih mudah digunakan dengan hanya sebelah tangan.

iphone-6-SE-kitKomen negatif yang kami lihat dari pembaca ialah ia mengitar semula kerangka iPhone 5S yang sudah ketinggalan zaman. Kepada mereka yang mahukan rekaan seakan iPhone 6S untuk SE, kit mengubahsuai ini boleh anda miliki hari ini. Kit iPhone 6 SE ialah kerangka logam iPhone 6S bersaiz 4″ yang menjadikan impian anda memiliki iPhone 6S edisi mini menjadi realiti. Komponen dalaman SE perlu dipindahkan ke dalam kerangka ini seperti pembedahan organ. Anda juga perlu memiliki kepakaran yang tinggi untuk melakukan projek ubahsuai ini. Pada waktu yang sama jaminan peranti anda akan terbatal secara automatik.


TIPS & ULASAN