Cari @ Amanz

Akui sahaja sistem hiburan di dalam kelas ekonomi pesawat yang wujud sekarang tidak memberikan kepuasan ketika menonton. Skrin yang digunakan terlalu kecil, warna agak kusam dan tidak mempunyai antaramuka yang mesra pengguna. Sekiranya kami menaiki pesawat untuk penerbangan yang jauh, kami lebih gemar tidur dari menggunakan sistem hiburan terbina yang disediakan. Digital Sky rekaan Thales cuba memberikan anjakan paradigma sistem hiburan yang harus digunakan untuk pengguna abad ke-21.

Digital Sky 2Konsep yang dihasilkan ini mempunyai skrin sesentuh sebesar 21″ pada bahagian belakang setiap kerusi kelas ekonomi. Pada waktu ini skrin besar hanya digunakan pada kerusi penduduk kelas perniagaan dan ke atas. Semasa pengguna menonton filem, pelbagai maklumat lain seperti masa ke destinasi masih boleh dipaparkan pada bahagian bawah skrin. Thales masih belum mempunyai perancangan untuk menjadikan konsep ini realiti.

Masalah utama pastinya skrin besar yang mungkin rosak kerana dilanggar penumpang dan jumlah tenaga elektrik yang tinggi untuk mengusai kesemua sistem hiburan ini kelak. Pada waktu yang sama sistem hiburan terbina pada setiap kerusi kini sudah mula digantikan dengan peranti pintar milik penumpang sendiri. Sistem lain yang telah wujud ialah sistem hiburan secara WiFi yang memancarkan video terus pada peranti pintar (seperti yang digunakan oleh Silk Air)  dan peranti realiti maya yang dipakai oleh penumpang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd