Hasselblad H6D Dilancarkan Dengan Sensor Sebesar 100 Megapixel

Hasselblad H6D Dilancarkan Dengan Sensor Sebesar 100 Megapixel

Diterbitkan pada Apr 8, 2016 oleh .

Di dalam dunia fotografi, Hassleblad ialah jenama yang terkenal dengan kualiti gambar yang menakjubkan. Kamera buatan mereka digunakan oleh Buzz Aldrin untuk mengambil gambar Neil Armstrong di permukaan bulan. Kamera ini kemudian mencecah harga hampir $ 1 Juta apabila dilelong pada tahun 2014.  Mereka melancarkan sebuah kamera baru Hasselblad H6D dengan sensor sebesar 50 dan 100 Megapixel. Kedua-dua model juga mampu merakam video pada resolusi 4K

hasselblad-h6d-2Bagi memastikan gambar dapat diambil dengan pantas, H6D dilengkapi dua slot kad memori. Gambar disimpan di dalam kad memori secara berselang seli. Kamera berkemampuan tinggi ini turut dilengkapi skrin sesentuh sebesar 13″. Kamera ini bakal dijual Jun hadapan dengan H6D-50c dijual pada harga $ 26000 (~RM 102000) manakala H6D-100c pada harga $ 33000 (~RM 130000) sebuah.


TIPS & ULASAN