Google Mempertimbangkan Untuk Membida Yahoo!

Google Mempertimbangkan Untuk Membida Yahoo!

Diterbitkan pada Apr 8, 2016 oleh .

Yahoo! boleh dikatakan tidak memperlihatkan hasil yang baik setahun dua ini, dan ini membuatkan pelaburnya mencari pemilik baru untuk syarikat web berkenaan. Beberapa pihak dikatakan berminat, dan terkini, menurut Bloomberg, Google dikatakan sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan perniagaan teras Yahoo!.

Yahoo! masih mempunyai beberapa kelebihan mereka, termasuk perkhidmatan Flickr, media memfokuskan sukan dan kewangan, selain perkhidmatan emel mereka. Tumblr yang telah diambil-alih oleh Yahoo! juga masih mempunyai peminatnya tersendiri, disamping enjin carian Yahoo! yang masih aktif digunakan segelintir pengguna.

Google masih belum membuat tawaran buat masa ini. Selain Google, Verizon yang telah mengambil-alih AOL baru-baru ini dikatakan turut berminat dengan Yahoo! Japan.

Ia boleh dikatakan perkara ini menarik perhatian ramai, memandangkan lebih sedekad yang lepas, Google telah ke Yahoo! untuk menjual teknologi enjin carian mereka, tetapi ia telah ditolak oleh pihak Yahoo!. Kini, syarikat kecil ketika itu telah menjadi gergasi dan sedang mempertimbangkan pengambil-alihan syarikat yang menolak mereka dulu.


TIPS & ULASAN