Microsoft Hadir Dengan Papan Kekunci Hub Keyboard Untuk iOS

Microsoft Hadir Dengan Papan Kekunci Hub Keyboard Untuk iOS

Diterbitkan pada Apr 8, 2016 oleh .

Microsoft melalui Microsoft Garage Project sering hadir dengan beberapa aplikasi menarik untuk pengguna peranti mudah-alih. Terkini, Microsoft Garage Project telah pun mengeluarkan sebuah papan kekunci baru dinamakan sebagai Microsoft Hub Keyboard untuk pengguna peranti iOS.

Microsoft Hub KeyboardUntuk makluman, Microsoft Hub Keyboard telah diperkenalkan untuk pengguna Android pada bulan Februari yang lepas, dan kini gergasi perkomputeran berkenaan memperluaskan penawarannya untuk pengguna peranti iOS. Dan ini bukanlah papan kekunci WordFlow yang diura-ura dan dinantikan ramai pengguna.

Melalui Hub Keyboard ini, pengguna boleh log masuk ke akaun Office 365 mereka, dan seterusnya memudahkan pengguna berkongsi pautan daripada OneDrive mahupun SharePoint terus tanpa perlu meninggalkan sebarang aplikasi – dan beroperasi terus melalui papan kekunci berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan peranti iOS, dan aktif dengan penggunaan produk awan Microsoft, mungkin anda boleh mencuba papan kekunci ini hari ini.

Muat-Turun Microsoft Hub Keyboard untuk iOS


TIPS & ULASAN