HP Hadir Dengan Pencetak Mudah-Alih Yang Turut Boleh Menjadi Powerbank

HP Hadir Dengan Pencetak Mudah-Alih Yang Turut Boleh Menjadi Powerbank

Diterbitkan pada Apr 8, 2016 oleh .

HP telah memperkenalkan sejumlah pencetak terbaru mereka yang menyasarkan kepada pengguna perusahaan. Menariknya, mereka turut tidak melupakan pengguna umum, dan turut memperlihatkan dua variasi pencetak mudah-alih mereka kepada umum.

HP OfficeJet 200 Mobile Printer

HP OfficeJet 200 Mobile Printer ini hadir dengan sokongan bateri terbina, membolehkan pengguna mengecasnya dan menggunakan ia diluar tanpa risau akan perlu sambungan kuasa. Disamping itu, saiznya yang kecil juga turut memudahkan pengguna untuk membawa ia kemana-mana – sekaligus menjadikannya salah satu pencetak yang mungkin dipilih ramai, terutamanya ketika membuka reruai untuk mempromosikan barangan.

HP OfficeJet 200 Mobile Printer

HP OfficeJet 200 Mobile Printer

Pencetak mudah-alih ini juga turut hadir dengan sokongan pengecasan berasaskan kepada kabel USB, memudahkan pengguna menghubungkan kabel berkenaan kepada kepala pengecas peranti mudah-alih mereka, ataupun pada komputer.

Disamping itu, pada bahagian tepi peranti ini, ruangan USB disediakan, membolehkan pengguna mengecas peranti mudah-alih mereka menggunakan pencetak ini – sekaligus menjadikan ia menjadi powerbank kecemasan anda.

Harga jualan dan tarikh jualan untuk pencetak ini masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

HP OfficeJet 200 Mobile Printer

HP OfficeJet 200 Mobile Printer


TIPS & ULASAN