BlueStack Kini Membolehkan Anda Strim Permainan Terus Ke Twitch

BlueStack Kini Membolehkan Anda Strim Permainan Terus Ke Twitch

Diterbitkan pada Apr 8, 2016 oleh .

BlueStacks merupakan salah satu perisian popular yang membolehkan para pengguna menjalankan aplikasi Android terus pada desktop Windows atau Mac mereka. Terkini, BlueStacks menyertakan integrasi Twitch dalam usaha memudahkan pengguna membuat penstriman permainan.

BlueStacks Twitch

Dengan integrasi ini, selain pengguna boleh menonton saluran Twitch lain, pengguna juga turut boleh berkongsi penstriman permainan mudah-alih mereka ke Twitch dengan mudah. Seperti ramai sedia maklum, sehingga kini penstriman permainan video desktop ke Twitch adalah mudah, tetapi ia agak sukar untuk permainan pada telefon pintar – dan BlueStacks ingin memudahkan proses berkenaan.

Untuk menikmati fungsi baru ini, anda dikehendaki memuat-turun versi terkini BlueStacks, dan sebuah panel akan disediakan pada bahagian kanan untuk penstriman.


TIPS & ULASAN