Antaramuka Sense 8 Untuk HTC 10 Tertiris

Diterbitkan pada Apr 9, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

HTC 10 akan dilancarkan minggu hadapan dan akan menjadi taruhan HTC untuk bersaing dengan peranti utama keluaran Samsung, Huawei dan Apple. Sejak tiga minggu kebelakangan ini pelbagai teaser diperlihatkan oleh HTC yang mengetengahkan kemampuan HTC 10 seperti Boomsound terbaik serta kamera yang bertaraf dunia. Rekaan peranti ini juga sudah tertiris lebih daripada sebulan tetapi rekaan antaramuka Sense 8 hanya tertiris hari ini.

HTC-sense-8Terdapat fungs baru Freestyle Layout yang membenarkan pengguna meletakkan widget, ikon dan pelekat mengikut kehendak mereka. Tidak diketahui bagaimanakah ini berbeza dari kustomasi antaramuka yang sedia ada. HTC 10 akan dilancarkan 12 April hadapan dan pastinya fungsi Freestyle Layout akan kita ketahui pada waktu tersebut.

 

 

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami