Carian
Google Mampatenkan Sistem Dron Untuk Bantuan Kecemasan
April 9, 2016 Effi Saharudin

Dron memulakan hidupnya sebagai alat latihan ketenteraan di Amerika Syarikat. Israel kemudian menggunakannya untuk melakukan intipan ke atas posisi musuh ketika peram Yom Kippur 1973. Di dalam perang yang sama dron digunakan untuk menipu sistem misil anti pesawat milik Mesir. Dron Ryan Firebee diterbangkan ke dalam ruang udara Mesir untuk ditembak jatuh. Apabila kesemua misil anti pesawat telah ditembak, pesawat pejuang Israel kemudian tiba untuk memusnahkan mereka tanpa sebarang tentangan. Inilah antara kegunaan awal dron yang bijak oleh tentera Israel. Mereka kini ialah pengeluar dron ketenteraan nombor satu di dunia.

Dron-Kecemasan-Google-1 Setakat ini kita hanya membincangkan kegunaan dron untuk kegunaan membunuh. Bagaimana pula dengan kegunaan dron untuk menyelamatkan nyawa? Google sudah mempatenkan sistem yang boleh memanggil dron untuk mendapatkan bantuan kecemasan. Dari paten ini pengguna boleh menekan butang khas untuk melaporkan serang jantung, kemalangan, serangan asma dan suntikan insulin. Sebuah dron dengan kemampuan VTOL akan kemudian dihantar dan memberikan bantuan pertama sebelum ketibaan paramedik.

Paten Google ini bukanlah satu-satuynya sistem yang wujud di dunia. Kami pernah melaporkan dron dengan alat Automated External Defibrillators (AED) yang dihasilkan oleh seorang pelajar di Belanda. Di Iran juga dron PARS yang memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa lemas sudah wujud sejak 2014. Setiap minit bantuan awal diberikan kepada mangsa serangan jantung akan meningkatkan kebarangkalin mereka terselamat sebanyak 10%. Jadi di dalam kes kecemasan seperti ini, dron amat diperlukan bagi menyelamatkan nyawa.

Dron-Kecemasan-Google-2

Komen