Cari @ Amanz

Robot berkaki dua yang mampu berjalan di atas semua jenis permukaan ialah fungsi yang disasarkan oleh pereka robot sejak azali. Masalah yang perlu diatas ialah robot-robot awal tidak mampu mengimbangi diri mereka apabila hampir terjatuh. Beberapa robot yang diperlihatkan sejak dua tahun kebelakangan ini berjaya menyelesaikan masalah ini.

SCHAFT-robot-RokutenContoh terbaik ialah Atlas rekaan Boston Dynamics yang masih boleh mengimbangi dirinya walaupun selepas ditendang dengan kuat. Kini sebuah lagi syarikat pengeluar robot dua kaki memperlihatkan robot terkini mereka yang kelihatan seakan Gekko dari Metal Gear Solid IV.

Robot terkini keluaran SCHAFT mempunyai sepasang kaki bukan sahaja mampu berjalan di atas pelbagai permukaan, malah mampu menggunakan tangga. Pada waktu yang sama ia mampu mengimbangi diri dari terjatuh sekiranya terpijak objek bergolek seperti batang paip. SCHAFT ialah antara syarikat di bawah payung Alphabet yang turut memiliki Boston Dynamics. Berbeza dengan Atlas, robot ini tidak berbentuk seperti manusia dan bersazi lebih kecil. Robot keluaran SCHAFT pernah memenangi pertandingan kelolaan DARPA pada tahun 2013 dan dilaporkan dengan mudah mengalahkan pesaing lain di dalam kelasnya.

Robot sudah semakin hampir mempunyai kemampuan seperti manusia. Pekerjaan yang dahulu dilakukan oleh manusia akan diambil alih oleh mereka. Kita hanya mampu berharap mereka tidak berubah menjadi Skynet dan menghapuskan kita semua secara pukal.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd