Microsoft Edge Akan Mula Menghentikan Kandungan Berbentuk Flash Pada Web

Microsoft Edge Akan Mula Menghentikan Kandungan Berbentuk Flash Pada Web

Diterbitkan pada Apr 9, 2016 oleh .

Kandungan berbentuk Flash semakin hari semakin kurang digunakan di web disebabkan beberapa perkara, termasuk kerana ia memakan sumber perkomputeran yang tinggi ketika melayari web, disamping pelbagai masalah sekuriti yang sering melibatkan Flash.

Sebelum ini, kita telah sedia melihat pihak Google menghentikan kandungan Flash dijalankan pada web secara automatik, dan memerlukan kebenaran pengguna terlebih dahulu sebelum dapat menjalankannya. Kini, Microsoft turut memperkenalkan kaedah yang lebih kurang sama untuk Microsoft Edge.

Pelbagai kandungan Flash kini akan memerlukan pengguna klik padanya sebelum ia dijalankan pada pelayar web – terutamanya iklan. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan tenaga yang digunakan oleh Microsoft Edge, dan memberikan prestasi yang lebih baik ketika menggunakannya.

Pihak Microsoft juga menjanjikan yang mana sekiranya kandungan utama adalah dalam bentuk Flash – sebagai contoh untuk video atau permainan, maka ia akan dijalankan secara automatik.

Pengenalan kaedah baru ini akan hadir ke Microsoft Edge melalui kemaskini Windows 10 Anniversary Update kelak.


TIPS & ULASAN