Cari @ Amanz

Pengguna Unifi, anda mungkin menghadapi masalah ketika melayari internet sejak daripada semalam. Pihak Telekom Malaysia masih tidak memberikan maklumbalas penuh berkaitan masalah apa yang dihadapi, tetapi mengesahkan masalah berkenaan.

Daripada apa yang dilihat, ia hanya dihadapi oleh pengguna Unifi sahaja, dan tidak begitu memberikan kesan kepada pengguna Streamyx.

Pihak Telekom Malaysia mengatakan gangguan pelayaran web ini dihadapai untuk melayari laman tempatan, antarabangsa dan juga ketika memainkan permainan video. Ia sesuatu yang agak janggal untuk melihat pelayaran laman tempatan turut menghadapi masalah – dan ini boleh dikatakan tidak berkait dengan masalah kabel bawah tanah memandangkan turut memberikan masalah untuk pelayaran web tempatan.

Kami masih menantikan info lanjut berkaitan gangguan ini daripada pihak Telekom Malaysia, dan akan berkongsi lanjut mengenainya sebaik sahaja mendengar daripada mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd