Perkongsian Status Peribadi Di Facebook Dilaporkan Semakin Berkurangan

Perkongsian Status Peribadi Di Facebook Dilaporkan Semakin Berkurangan

Diterbitkan pada Apr 10, 2016 oleh .

Facebook merupakan salah satu laman sosial popular, dimana pada suatu ketika, ramai yang berkongsi pelbagai kemaskini peribadi pada laman berkenaan dengan meluas, berbanding pada hari ini. Kini, ia dilihat lebih ramai berkongsi mengenai berita dan perkembangan sekitar mereka, dan kurang berkongsi mengenai diri mereka sendiri.

Perkara ini juga dilihat pada masa yang sama seperti membimbangkan pihak Facebook sendiri. Perkongsian ini dilihat berkurangan, salah satu sebabnya adalah disebabkan kini hubungan antara pengguna semakin meluas, dan lebih ramai rakan ditambah. Ini membuatkan mereka kurang selesa dalam perkongsian peribadi, dan lebih berkongsi perkara awam melalui profil Facebook mereka.

Walaubagaimanapun, seperti biasa pihak Facebook tidak berdiam diri begitu sahaja. Mereka dilihat telah mula membuat perubahan pada aplikasi mudah-alih mereka dalam usaha menarik pengguna untuk berkongsi lebih mengenai perkara peribadi, disamping turut memperluaskan penggunaan Facebook Live Video untuk membolehkan pengguna berkongsi apa yang berlaku sekitar mereka.

Mungkin kita akan melihat beberapa perubahan dilakukan Facebook pada aplikasi mudah-alih dan web mereka dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN