Cari @ Amanz

Jam tangan pintar Apple telah diperkenalkan sekitar dua tahun lepas, dan mula dijual sejak 2015 yang lepas. Dengan peralihan teknologi yang pantas, semestinya ramai sedia maklum akan yang mana Apple Watch 2 bakal hadir tidak lama lagi.

Menurut salah seorang penganalisa, Apple Watch 2 dikatakan berkemungkina hadir dalam dua tiga bulan lagi. Perkara ini hadir selepas penganalisa berkenaan bertemu dengan beberapa syarikat pengeluar di China baru-baru ini.

Apple Watch 2 dijangka hadir dengan rekaan yang lebih nipis berbanding generasi sebelum ini, dan berkemungkinan menyertakan sokongan bateri yang lebih baik.

Apple sendiri baru-baru ini telah mengumumkan harga baru untuk Apple Watch yang lebih rendah, sekaligus membuka lebih ruangan kepada spekulasi mengatakan Apple Watch generasi kedua akan hadir tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd