Sayap Kapal Terbang Nipis Yang Mengurangkan Pencemaran Sehingga 50% Dibangunkan oleh NASA Dan Boeing

Sayap Kapal Terbang Nipis Yang Mengurangkan Pencemaran Sehingga 50% Dibangunkan oleh NASA Dan Boeing

Diterbitkan pada Apr 11, 2016 oleh .

Kapal terbang menjadikan dunia semakin kecil. Perjalanan dari Malaysia ke Eropah dahulunya mengambil masa berbulan-bulan kini boleh dilakukan dalam masa kurang 24 jam. Memang tidak dapat dinafikan ciptaan Wright Bersaudara banyak berjaya kepada tamadun dunia tetapi pada waktu yang sama ia mendatangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Sejak kebelakangan ini pembangunan teknologi yang mengurangkan pencemaran dari pesawat mula dipandang serius.

Nasa-Boeing-1Antara yang sudah digunakan ialah sayap mini (winglet) di hujung sayap bagi mengurangkan gelodak udara, rekaan penutup enjin lebih aerodinamik dan penggunaan bahan api lebih hijau. Kini NASA dan Boeing membangunkan prototaip sayap pesawat baru yang lebih nipis dan ringan. Ini menurut mereka akan mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 50%. Sungguhpun begitu kekurangan rekaan baru sayap ini ialah ianya juga 50% lebih panjang dari rekaan yang digunakan sekarang. Ini akan menyukarkan pesawat untuk memasuki ruang terminal di lapangan terbang kelak.


TIPS & ULASAN