Cari @ Amanz

Lazada Malaysia kini merupakan laman e-dagang yang terbesar, menawarkan pelbagai pilihan barangan kepada pengguna tempatan. Kini, bergerak ke hadapan, mereka dilihat turut memfokuskan kepada penawaran penghantaran barangan dengan pantas kepada para pengguna – dimana berbanding perlu menantikan tempoh sehari untuk menerimanya, kini pengguna boleh menerimanya dalam masa lebih kurang 6 jam.

Lazada Ekspress

Buat masa ini, perkhidmatan yang dinamakan sebagai Lazada High-Speed Delivery ini akan ditawarkan untuk pelanggan di Lembah Klang sahaja, dan pada hari Isnin hingga Sabtu. Pengguna juga perlu membuat tempahan sebelum 1 petang untuk membolehkan penghantaran dilakukan dalam masa lebih kurang 6 jam pada hari sama.

Untuk kos penghantaran pula, Lazada mengenakan caj sebanyak RM15 untuk penghantaran ekspress ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd