Cari @ Amanz

Adakah anda pengguna Samsung Galaxy S7 Edge? Kami yakin anda ada menyedari kadang kala skrin peranti adalah terlalu sensitif sehingga membuatkan pautan di atas skrin tertekan secara automatik ketika melakukan tatalan. Ketika S7 Edge mula memasuki pasaran, kemas kini diberikan pada hari pertama tetapi ini tidak memperbaiki masalah secara menyeluruh.

Samsung-Galaxy-Gear-S7-Edge-2Samsung hari ini mengeluarkan kemas kini yang akan cuba menyelesaikan masalah ini. Muat turun fail ini ialah sebesar 156.52 Megabyte. Selain memperbaiki masalah skrin terlalu sensitif, ia turut memperkenalkan fungsi memperbaiki bentuk objek yang tidak sekata serta beberapa kemas kini menstabilkan operasi peranti. Dari penggunaan peranti kami selepas melakukan kemas kini, nampaknya masalah skrin terlalu sensitif berjaya diselesaikan. Anda boleh memuat turun secara OTA ataupun menggunakan Samsung Kies.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd