TuneTalk merupakan salah satu syarikat telekomunikasi tempatan yang mempunyai beberapa ganjarannya tersendiri. Mereka sebelum ini sedia memberikan ganjaran seperti percuma nilai tambahan untuk tambah-nilai, mata ganjaran, dan beberapa yang lain.
Terkini, mereka turut memberikan data percuma apabila pengguna membuat tambah-nilai. Melalui pengumuman terkini TuneTalk, kini apabila pengguna tambah-nilai RM10 mereka akan terima 300MB; 1.5GB untuk tambah-nilai RM30, 1.5GB dan RM10 untuk tambah-nilai RM50, dan akhir sekali sehingga 4GB data percuma untuk tambah-nilai RM100.
Untuk makluman, penawaran data sehingga 4GB untuk tambah-nilai RM100 hanya tertakluk kepada tambah-nilai melalui bank atas-talian atau aplikasi TuneTalk sahaja, sementara untuk tambah-nilai melalui kedai, hanya data sebanyak 1.5GB yang ditawarkan.
Disamping data percuma yang tinggi, pihak TuneTalk juga kini menawarkan lebih mata ganjaran melalui AirAsia BIG Points.