MDeC Kini Dikenali MDEC – Malaysia Digital Economy Corporation

MDeC Kini Dikenali MDEC – Malaysia Digital Economy Corporation

Diterbitkan pada Apr 11, 2016 oleh .

Bagi anda yang terlibat dalam arena ICT di Malaysia, semestinya nama MDEC bukan sesuatu yang asing untuk anda. Setelah beroperasi sekitar 20 tahun, kini MDEC menjenamakan semula organisasi mereka, dimana daripada dikenali sebagai Multimedia Development Corporation, kini ia ditukar kepada Malaysia Digital Economy Corporation.

MDEC

MDEC mengatakan perubahan nama ini selari dengan fokus mereka untuk meningkatkan ekonomi digital di Malaysia yang menyumbang kepada pendapatan dalam negara kasar.

Perubahan nama ini adalah bermula daripada hari ini. Walaupun melalui perubahan dan penjenamaan semula, pihak MDEC masih akan beroperasi seperti biasa, termasuk kerjasama sedia ada akan diteruskan oleh mereka.


TIPS & ULASAN