Cari @ Amanz

Sony sebelum ini telah memperkenalkan Xperia C5 Ultra yang hadir dengan fokus terhadap selfie, serta dilengkapi dengan lampu Flash hadapan untuk pencahayaan yang baik. Kini, daripada gambar baru yang tertiris, Sony dilihat sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan kemaskini baru untuk peranti berkenaan.

Xperia C6

Daripada gambar baru yang tertiris, ia memperlihatkan telefon pintar Sony Xperia baru yang menggunakan elemen rekaan seumpama Xperia X sebelum ini, tetapi hadir dengan kamera selfie hadapan bersaiz besar. Disamping itu, ia juga dilihat menggunakan lampu selfie dihadapan.

Penggunaan lampu selfie dihadapan ini memperlihatkan ia mungkin merupakan kemaskini kepada keluarga Xperia C sebelum ini, berbanding dengan kemaskini untuk Xperia Z Ultra.

Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan dilancarkan secara rasminya ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd