Rekaan Kindle Oasis Tertiris – Peranti E-Buku Terkini Amazon

Rekaan Kindle Oasis Tertiris – Peranti E-Buku Terkini Amazon

Diterbitkan pada Apr 12, 2016 oleh .

Dikalangan peminat buku terdapat dua mazhab besar. Mazhab pertama hanya akan membaca buku fizikal yang boleh dipegang, dibau dan diselak dengan jari jemari. Mazhab kedua ialah mazhab baru yang membaca e-buku menggunakan pelbagai peranti elektronik yang wujud di pasaran. Secara peribadi kami sendiri sudah berubah mazhab dan lebih gemar membaca e-buku kerana mudah dibawa kemana-mana. Kindle ialah peranti e-buku yang paling popular di pasaran dan rekaan model terkininya tertiris. Model baru ini akan dikenali sebagai Kindle Oasis. Ura-ura mengatakan nama ini dipilih kerana ia kalis air.

Kindle-Oasis-1Rekaan Oasis juga amat unik jika dibandingkan dengan Kindle terdahulu. Panel belakang tidak rata sebaliknya lebih tebal pada bahagian tangan. Ini membuatkannya kelihatan seperti sebuah buku yang dilipat apabila dibaca menggunakan sebelah tangan. Kepada pembaca kidal anda tidak perlu risau kerana ia turut boleh digunakan dengan tangan kiri dan skrin akan berputar mengikut orientasi pembaca. Terdapat kerangka khas dihasilkan lengkap dengan bateri tambahan. Skrin masih lagi mengekalkan 300 PPI dan peranti juga lebih ringan berbanding versi sebelum ini.

Kindle-Oasis-2


TIPS & ULASAN