Titanfall 2 Diumumkan – Bakal Hadir Pada PlayStation 4, Xbox One Dan PC

Titanfall 2 Diumumkan – Bakal Hadir Pada PlayStation 4, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada Apr 12, 2016 oleh .

Sambungan kepada Titanfall memang sudah dinantikan peminat permainan robot gergasi ini. Ura-ura Titanfall 2 mula kedengaran pada penghujung 2015 dan hari ini ianya diumumkan secara rasmi oleh EA. Tidak seperti permainan pertama, Titanfall 2 akan turut hadir pada konsol PlayStation 4. Turut diperlihatkan hari ini ialah teaser pertama Titanfall 2 dan pengumuman permainan ini akan diperlihatkan secara lebih menyeluruh 12 Jun hadapan. Ini bermakna ia akan diumumkan ketika ekspo E3 berlangsung.

Titanfall mendapat sambutan menggalakkan dari peminat yang mahu melihat apa yang mampu dilakukan oleh Respawan Entertaintment. Studio ini dibuka oleh bekas pembangun siri Call of Duty yang meletakkan jawatan kerana kurang senang dengan pihak pengurusan Infinity Ward. Titanfall 2 dijangka menemui peminat pada tahun 2017.


TIPS & ULASAN