Carian
Alibaba Melabur Pada Lazada – Mendapatkan Hak Kawalan Majoriti
April 12, 2016 Aman

Alibaba merupakan salah satu jenama yang tidak asing dalam arena e-dagang. Hari ini mereka membuat kejutan dengan membuat pelaburan pada laman e-dagang popular di Asia Tenggara dan Malaysia, iaitu Lazada.

Melalui penyertaan Alibaba, mereka akan membuat pelaburan sebanyak $500 juta, dan pada masa yang sama melibatkan transaksi berjumlah $1bilion dalam usaha mendapatkan saham dan pegangan daripada beberapa pelabur sedia ada. Antara yang akan menjual pegangan Lazada mereka kepada Alibaba adalah termasuk Rocket Internet, dan Tesco. Tesco masih akan mempunyai sedikit pegangan dalam Lazada selepas transaksi ini selesai.

Lazada kini merupakan platform edagang terkemuka di Asia Tenggara, dan dengan pelaburan daripada Alibaba, ia sekaligus membuka ruangan kepada peniaga di Alibaba untuk turut menyasarkan produk mereka untuk rantau Asia Tenggara.

Dengan pelaburan dan pengurusan oleh Alibaba juga, kita mungkin akan melihat Lazada terus menambah-baik penawaran dan perkhidmatan mereka, serta menimplementasi kepakaran e-dagang daripada Alibaba pada platform mereka.

Komen