Cari @ Amanz

Facebook Messenger sebelum ini telah menyertakan sokongan untuk beberapa perkhidmatan pihak ketiga, dan terkini, bermula hari ini mereka turut menyertakan sokongan untuk Dropbox. Melalui pengenalan sokongan integrasi Dropbox di Facebook Messenger, kini pengguna lebih mudah untuk berkongsi gambar, video dan fail dari Dropbox bersama rakan Facebook di Messenger.

Facebook Messenger

Untuk menggunakannya, anda perlulah mempunyai aplikasi Messenger dan Dropbox dipasang pada telefon pintar iPhone atau Android anda.

Sekiranya ada, apabila anda tap pada pautan “More” di Messenger pada iOS atau Android, dan memilih sumber dari Dropbox.

Perkongsian gambar dan video dari Dropbox akan dipaparkan serta-merta, sementara untuk fail, pengguna boleh membukanya melalui pautan yang disediakan.

Bagi anda yang aktif menggunakan Dropbox dan Facebook, mungkin fungsi ini sesuatu yang menarik dan boleh digunakan dalam menjadikan perkongsian fail anda lebih pantas lagi berbanding sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd