Microsoft Memperkenalkan Signature Type Cover Untuk Surface Pro 4 – Menyasarkan Pencinta Fesyen

Microsoft Memperkenalkan Signature Type Cover Untuk Surface Pro 4 – Menyasarkan Pencinta Fesyen

Diterbitkan pada Apr 12, 2016 oleh .

Microsoft telah memperkenalkan Surface Pro 4 pada tahun lepas, dan ia hadir dengan sokongan papan kekunci yang boleh ditanggalkan, dinamakan sebagai Type Cover. Beberapa variasi Type Cover telah diperkenalkan sebelum ini, termasuk yang paling terkini di Malaysia adalah Type Cover dengan sokongan pengimbas cap jari.

Signature Type Cover

Microsoft tidak berhenti setakat itu sahaja, dan hari ini telah memperkenalkan satu lagi aksesori baru, iaitu Signature Type Cover.

Papan kekunci baru ini menyasarkan kepada pengguna yang inginkan pengalaman seumpama menggunakan papan kekunci premium. Signature Type Cover ini menggunakan bahan fabrik Alcantara. Secara tidak langsung juga, Microsoft menyasarkan pencinta fesyen melalui papan kekunci baru ini.

Signature Type Cover ini akan dijual di Amerika Syarikat pada harga $159.99. Ia tidak diketahui lagi sama ada Microsoft akan membawanya ke pasaran tempatan ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN