HTC telah memperkenalkan HTC 10 hari ini secara rasminya, iaitu telefon pintar yang bakal menjadi fokus utama mereka untuk tahun ini sekaligus merupakan salah satu usaha HTC dalam mengukuhkan kembali kedudukan dalam arena telefon pintar.
Bersama-sama pengumuman, pihak HTC telah mengesahkan yang mana HTC 10 bakal hadir dalam dua variasi. Satu akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 820, dan satu lagi dilihat akan menggunakan cip Snapdragon 652.
Fungsi lain dan spesifikasi lain dibawakan adalah serupa, dan ia hanya berbeza dari segi penawaran cip pemprosesan sahaja, dan juga memori yang hanya 3GB RAM berbanding 4GB RAM pada versi Snapdragon 820.
Peranti yang dinamakan HTC 10 Lifestyle akan dipasarkan di beberapa buah negara. Ia buat masa ini disenaraikan untuk pasaran India. Bagi rantau Asia Tenggara, pihak HTC masih menyenaraikan versi Snapdragon 820 buat masa ini.