Carian
Facebook Membolehkan Penstriman Langsung Menggunakan Sebarang Kamera – Termasuk Dron
April 13, 2016 Aman

Pada Facebook F8, pihak Facebook turut menyentuh secara ringkas berkenaan dengan perkhidmatan penstriman langsung mereka, yang dikenali sebagai Facebook Live. Perkhidmatan ini telah diperkenalkan secara meluas kepada pengguna dan Facebook Pages dalam membolehkan mereka berinteraksi dengan pengguna dalam bentuk penstriman langsung.

Facebook Live

Mark Zuckerberg mengatakan penawaran perkhidmatan ini memberikan peningkatan pada interaksi antara pengguna, dan ia turut membuka kepada pelbagai bentuk dan kaedah baru dalam penggunaan Facebook Live.

Facebook Live buat masa ini masih terhad untuk distrim menggunakan aplikasi Android atau iOS sahaja. Walaubagaimanapun, perkara berkenaan bakal berubah tidak lama lagi.

Pada F8, Facebook mengumumkan Live API, membolehkan pembangun menyertakan sokongan penstriman langsung pada sebarang aplikasi atau peranti mereka. Mark Zuckerberg sendiri ketika acara berkenaan memperlihatkan sokongan penstriman langsung menggunakan sebuah dron.

Facebook Live

Komen