Cari @ Amanz

Doogee ialah jenama yang baru memasuki pasaran Malaysia. Namanya masih belum gah seperti peranti dari China yang lain tetapi ini tidak menghalang mereka dari cuba memasuki pasaran peranti premium. Doogee T3 akan dilancarkan di Hong Kong minggu hadapan dan ia menggabungkan bahan binaan premium dengan sistem skrin berkembar yang unik. Kerangka peranti akan diperbuat logam manakala kemasan panel diperbuat daripada kulit haiwan eksotik. Dari beberapa imej yang diperlihatkan terdapat pilihan kulit lembu dan juga ular.

Doogee T3 1Perkara paling unuk Doogee T3 semestinya sistem skrin berkembar yang terletak pada bahagian atas. Setahu kami ini mungkin peranti pertama dengan skrin berkonfigurasi aneh ini. Ia bukan idea baru dan pernah dipatenkan sendiri oleh Samsung. Beza hanyalah pada paten Samsung, skrin melengkung digunakan pada bahagian bawah peranti bagi membolehkan nofitifaksi dibaca walaupun peranti berada di dalam poket. Spesifkasi yang dikethahui setakat ini ialah kamera utama 16 Megapixel, pemproses lapan teras, USB-C dan menggunakan Android 6.0.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd