Carian
Dron DJI Phantom 4 Hadir Secara Rasmi Untuk Pasaran Tempatan
April 13, 2016 • Ikhwan Nazri

Peranti dron merupakan satu dunia teknologi baru yang kini mula mendapat tempat dikalangan pengguna. Dahulu dron sering digunakan untuk industri dan ketenteraan, namun dalam tempoh beberapa tahun ini ia lebih mesra dengan pengguna umum baik dari segi harga dan mudahnya untuk menggunakan peranti ini. Hari ini jenama DJI yang popular dengan siri dron Phantom telah mula memasuki pasaran tempatan.

Bagi anda yang tidak mengenali DJI Phantom, ia merupakan dron yang dikhususkan untuk pengguna umum dan mudah dikendalikan. Dron ini juga mengetengahkan kualiti rakaman video yang baik, membolehkan rakaman video dilakukan di udara. Atas faktor tersebut, mereka juga popular dikalangan pengguna dron dan mempunyai pegangan pasaran sehingga 70%.

DJI Phantom 4 - IMG_8360 DJI Phantom 4 - IMG_8366

Pada hari ini mereka telah melancarkan Phantom 4 untuk pasaran tempatan. Dron ini merupakan kemaskini kepada siri Phantom dan membawa lebih banyak fungsi dari siri terdahulu. Antara fungsi baru termasuklah ‘Sport mode’ membolehkan ia terbang selaju 44mph, rakaman imej 12MP pada format JPEG dan RAW, rakaman video 4K 30FPS, fungsi mengikut objek dan juga tempoh penerbangan yang lebih lama. Jarak lingkungan operasi seluas 5km namun seperti biasa pengguna dinasihatkan untuk menerbangkan dron dalam jarak lingkungan yang boleh dilihat oleh pemandu dron serta tidak menerbangkannya dalam keadaan cuaca yang teruk.

Dron Phantom 4 ini akan dijual menerusi rangkaian pengedar ECS seperti All IT Hypermarket. Machines, Harvey Norman dan lain-lain pada bulan ini. Anda juga boleh mendapatkannya menerusi Lazada bermula minggu ini. Ia akan dijual pada harga RM6,199 (harga sebelum GST) pada minggu ini.

Komen