Cari @ Amanz

​Anda peminat tegar Hello Kitty? Atau gemar mengumpul barang-barang eksklusif Hello Kitty? Kini anda boleh mendapatkan Acer Revo One iaitu desktop mini dengan edisi khas Hello Kitty di Malaysia.

Acer Revo One edisi Hello Kitty menampilkan rekaan ikonik Hello Kitty dengan pilihan warna merah jambu yang menawan. Ia juga turut membawakan latar belakang Hello Kitty yang hanya didatangkan secara eksklusif pada set desktop ini.

Acer Revo One Hello Kitty 1

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan pilihan Intel Celeron atau Core i3, memori 4GB RAM, dan pilihan storan 500GB atau 1TB. Beberapa sambungan lain turut hadir seperti sokongan WiFi, Bluetooth 4.0, pembaca kad SD, dua sambungan USB 2.0, dan dua sambungan USB 3.0.

Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga bermula RM1499 melalui cawangan Acer terpilih termasuk aksesori mouse dan keyboard. Namun dengan bilangan unit terhad, pastinya anda perlu mendapatkannya dengan kadar segera.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd