vivo Melancarkan V3Max Untuk Pasaran Tempatan Pada Harga RM 1,399

vivo Melancarkan V3Max Untuk Pasaran Tempatan Pada Harga RM 1,399

Diterbitkan pada Apr 13, 2016 oleh .

Tahun lalu menyaksikan pelbagai jenama peranti telefon pintar dari China mula membanjiri pasaran tempatan. Salah satunya adalah vivo, yang hadir dengan pelbagai model yang mengetengahkan rekaan yang cantik dan elegan. Hari ini mereka telah memperkenalkan V3Max, telefon pintar berspesifikasi tinggi yang terkini.

Dari segi spesifikasi, vivo V3Max dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 652 lapan-teras 1.8GHz 64-bit dan dilengkapi dengan RAM sebesar 4GB. Ia mempunyai kapasiti storan sebesar 32GB dan boleh ditambah sehingga 128GB menggunakan kad Mikro-SD. Telefon ini turut menyokong capaian 4G namun sedikit mengecewakan ia masih beroperasi menggunakan Android Lollipop dengan paparan antaramuka dari vivo iaitu Funtouch OS 2.5.

 

vivo V3Max - IMG_8398 vivo V3Max - IMG_8408

Dari sifat fizikal peranti ini yang lain, ia menyertakan paparan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi HD penuh 1080p. Kamera utama dibahagian belakang mempunyai sensor pengimejan 13MP dengan lampu LED dan kamera hadapan pula sebesar 8MP. Turut melengkapi fungsi kamera adalah pemfokusan pantas dimana objek dapat difokuskan dalam masa yang singkat.

Fungsi utama yang dibawakan oleh telefon pintar ini adalah pengimbas cap jari yang terletak dibawah kamera utama pada bahagian belakangnya. Pengimbas ini dapat digunakan untuk menyah-kunci dari mod sedia. Pihak vivo menyatakan pengimbasan cap jari hanya mengambil masa 0.2 saat namun sewaktu ujian ringkas, boleh dikatakan pengimbasan cap jari dilakukan dengan pantas, sekaligus memudahkan pengguna mengoperasikan peranti ini.

vivo V3Max - IMG_8404 vivo V3Max - IMG_8410

Satu lagi fungsi utama pada peranti ini adalah pengecasan pantasnya. vivo V3Max mempunyai kapasiti bateri sebesar 3,000 mAh dan dengan fungsi pengecasan pantas Dual-Charge Circuits, pengecasan selama 5 minit memberikan kuasa operasi selama 2 jam. Fungsi ini turut menjamin keselamatan peranti sewaktu pengecasan.

Telefon pintar vivo V3Max kini boleh ditempah dan penjualannya akan bermula pada 15 April 2016. Ia akan dijual pada harga RM 1,399 (harga termasuk GST) di pengedar rasmi vivo serta kedai-kedai berkaitan.

vivo V3Max - IMG_8445


TIPS & ULASAN