Logitech sedia terkenal dalam arena penawaran aksesori komputer dan peranti mudah-alih dengan penawaran seperti tetikus, papan kekunci, kerangka khusus tablet, dan sebagainya. Terkini, hari ini mereka memperluaskan portfolio mereka dengan mengambil-alih Jaybird.
Jaybird merupakan pengeluar peranti audio tanpa-wayar yang menyasarkan mereka dengan gaya hidup aktif, dan memfokuskan untuk mereka yang gemar bersukan.
Dengan pengambil-alihan ini, Logitech dapat menyertai dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena audio, sementara untuk Jaybird pula mereka dapat menggunakan kepakaran pengedaran Logitech dalam memasarkan produk mereka dengan lebih meluas.
Logitech membayar sebanyak $50 juta dalam tunai untuk pengambil-alihan ini.