Thunder Match Hadir Dengan Jenama STOM – Memperkenalkan Komputer 2-Dalam-1, Dan PC Stick

Thunder Match Hadir Dengan Jenama STOM – Memperkenalkan Komputer 2-Dalam-1, Dan PC Stick

Diterbitkan pada Apr 13, 2016 oleh .

Thunder Match merupakan rangkaian kedai yang menjual barangan IT terbesar di Malaysia. Terkini, mereka telah mengumumkan jenama produk mereka tersendiri, iaitu STOM, dan dibawahnya dua produk baru telah diumumkan, iaitu sebuah komputer 2-dalam-1, dan sebuah PC Stick.

Thunder Match mengatakan mereka telah bekerjasama dengan pihak Intel dan Microsoft dalam hadir dengan produk-produk baru dibawah jenama STOM ini.

STOM

Komputer 2-dalam-1 daripada mereka dinamakan sebagai STOM SPECTRUM i100 2-in-1. Ia dijana menggunakan cip Intel Atom 1.33Ghz Z3735F, skrin bersaiz 10.6-inci, memori 2GB DDR3L dan ruangan storan 64GB eMMC. Ia menjalankan sistem operasi Windows 10, dan papan kekuncinya boleh ditanggalkan untuk digunakan sebagai tablet.

STOM 2-in-1

STOM PS01F PC Stick pula merupakan peranti berbentuk dongle HDMI yang boleh dihubungkan kepada televisyen atau monitor dan menjalankan pengalaman PC penuh. Seperti komputer dua-dalam-satu STOM, ia menawarkan spesifikasi yang sama, iaitu dijana dengan Intel Atom 1.33Ghz Z3735F, memori 2GB DDR3L, dan ruangan storan 32GB eMMC. Ia turut menjalankan sistem operasi Windows 10 padanya.

STOM PC Stick

Thunder Match menjual STOM SPECTRUM i100 2-in-1 pada harga RM1099, sementara STOM PS01F PC Stick pula berharga RM599.


TIPS & ULASAN