Carian
Facebook Instant Articles Kini Dibuka Untuk Semua Penerbit Kandungan
April 13, 2016 Aman

Facebook telah memperkenalkan sokongan Instant Articles beberapa bulan yang lepas, dimana ia menawarkan pengalaman membaca artikel yang lebih pantas pada peranti mudah-alih apabila pengguna mengaksesnya daripada aplikasi Facebook.

Facebook Instant Articles

Ketika pengenalan, ia hanya terhad untuk sejumlah penerbit terpilih sahaja. Terkini, Facebook secara rasminya membuka ia kepada umum, sekaligus membolehkan semua penerbit kandungan seluruh dunia mendaftarkan diri dan menggunakan Facebook Instant Articles untuk kandungan web mereka.

Pengguna hanya perlu mendaftarkan untuk Instant Articles, membangunkan web mereka menjadi mesra teknologi yang ditetapkan oleh Facebook, dan seterusnya memudahkan lagi pembaca mengakses kandungan web mereka.

Facebook juga turut bekerjasama dengan beberapa pihak untuk memudahkan tugasan penerbitan dijadikan selari dengan Instant Articles – termasuk untuk WordPress, Drupal, dan Medium.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri untuk Facebook Instant Articles hari ini.

Komen