U Mobile Membolehkan Pengguna Menggunakan Data Sedia Ada Di Luar Negara Tanpa Bayaran

U Mobile Membolehkan Pengguna Menggunakan Data Sedia Ada Di Luar Negara Tanpa Bayaran

Diterbitkan pada Apr 14, 2016 oleh .

U Mobile telah memperkenalkan penawaran perayauan pada harga rendah, iaitu hanya RM10 di sekitar 20 buah negara pada minggu lepas. Hari ini, melangkah setapak kehadapan, pihak U Mobile menawarkan kebolehan untuk menggunakan data daripada pelan sedia ada di luar negara tanpa sebarang bayaran tambahan.

Buat masa ini, hanya pengguna yang melanggan pelan pascabayar P70, i90, i130, UD95 dan UD135 sahaja yang tertakluk dibawah penawaran ini.

U Mobile Data Roaming

Sekiranya anda menggunakan pelan pascabayar tersebut, anda boleh ke lebih kurang 12 negara lain, dan menggunakan data daripada pelan sedia ada tanpa perlu membuat sebarang bayaran tambahan untuk perayauan data. Negara yang disokong adalah termasuk Indonesia, Singapura, Thailand, Korea Selatan, India, Bangladesh dan beberapa yang lain. Pengguna hanya perlu pastikan mereka berhubung ke rangkaian telekomunikasi yang ditetapkan untuk membolehkan menikmati penawaran ini.

Sebelum ini, kebiasaannya pengguna perlu membuat bayaran tambahan untuk penggunaan data. Langkah U Mobile ini semestinya diminati ramai, dan tidak mustahil mereka yang sering ke luar negara akan mendapatkan kad SIM tambahan daripada U Mobile selepas ini.


TIPS & ULASAN