Digi Video Freedom Diperkenalkan – Penstriman Video Tanpa Risau Akan Data

Digi Video Freedom Diperkenalkan – Penstriman Video Tanpa Risau Akan Data

Diterbitkan pada Apr 14, 2016 oleh .

Digi pada tahun lepas telah memperkenalkan Digi Music Freedom yang membolehkan para pengguna Digi melanggannya, dan tidak perlu risau akan penggunaan data untuk mengakses aplikasi seperti Spotify, Deezer, Apple Music dan sebagainya.

Kini dengan konsep yang sama, Digi mengumumkan sebuah lagi perkhidmatan baru dinamakan Digi Video Freedom.

Digi Video Freedom boleh dinikmati pengguna prabayar dan pascabayar Digi. Melaluinya, ia membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan YouTube, iFlix, Astro On The Go, TonTon, DailyMotion, HyppTV dan juga Vio.

Digi Video Freedom boleh dilanggan bermula esok, dimana dua jenis pas disediakan, iaitu pas harian 24 jam yang berharga RM5, dan pas mengikut jam, iaitu sejam untuk RM1.

Untuk mengaktifkannya, pengguna perlu menggunakan aplikasi MyDigi dan melanggan melaluinya. Digi mengatakan sebaik sahaja mendapatkan pas berkenaan, mereka tidak perlu risau akan penggunaan data untuk menonton video pada peranti mudah-alih mereka.


TIPS & ULASAN