5 Teknologi Menarik Yang Dibawakan Oleh Honor 5x

5 Teknologi Menarik Yang Dibawakan Oleh Honor 5x

Diterbitkan pada Apr 14, 2016 oleh .

Honor 5x merupakan telefon pintar terbaru yang dipasarkan oleh Honor Malaysia – menyertakan pelbagai ciri-ciri menarik yang boleh dimiliki oleh pengguna pada harga yang jauh lebih rendah berbanding pelbagai pesaing lain di pasaran.

Bagi anda yang masih berkira-kira berkenaan apakah yang dibawakan oleh Honor 5x, mungkin artikel ini boleh membantu anda.

Pengimbas Cap Jari Untuk Sekuriti Tambahan

Honor 5X

Pengimbas cap jari merupakan salah satu teknologi baru yang diimplementasikan secara meluas pada peranti berspesifikasi tinggi. Tetapi bagaimana pula dengan peranti berspesifikasi pertengahan? Honor 5x merupakan antara yang terawal mengimplementasikannya, membolehkan pengguna melindungi pelbagai data pada peranti daripada diakses pengguna lain.

Honor mengatakan ia menggunakan sensor berasaskan Adaptive yang mana mempelajari penggunaan cap jari anda dari hari ke hari. Pengimbas cap jari ini juga boleh digunakan untuk mengelak daripada sesuatu aplikasi dibuka oleh pengguna lain.

Kamera Dengan Pemproses Imej SmartImage 3.0

Honor 5x hadir dengan kamera belakang 13-megapixel menggunakan lensa F2.0, serta kebolehan lensa rakaman luas. Penggunaan lensa sahaja tidak memadai, malah Honor turut melengkapkan peranti ini dengan pemprosesan imej tersendiri.

Honor 5X

Honor 5x hadir menggunakan pemproses SmartImage 3.0 untuk memastikan kejelasan dalam rakaman setiap gambar, dan turut menawarkan kebolehan rakaman dalam bentuk makro.

Audio Yang Lebih Kuat Berbanding Pesaing Lain Dipasaran

Honor 5X

Honor 5x hadir dengan amplifier tersendiri yang unik dan pintas, untuk menawarkan kualiti audio yang jauh lebih baik dan kuat berbanding telefon pintar lain.

Honor 5x menggunakan speaker pada bahagian bawah, diamping ia turut dilengkapi dengan earpiece yang boleh mengatasi masalah persekitaran yang bising ketika membuat panggilan.

Rekaan Sokongan Kad SIM dan Mikro-SD Yang Boleh Digunakan Serentak

Pada masa kini, dengan peranti yang lebih kompak hadir dari hari ke hari, ramai yang mengabaikan sokongan dwi-SIM, dan hadir dengan sokongan SIM berbentuk hibrid.

Honor 5X

Namun, pihak Honor hadir dengan rekaan mereka tersendiri, membolehkan penggunaan dwi-SIM pada waktu yang sama, dan turut melengkapkan ia dengan kebolehan menambah kad mikro-SD tanpa mengorbankan penggunaan kad dwi-SIM.

Kedua-dua slot SIM juga turut menyokong rangkaian 4G.

Bateri 3000mAh Dengan SmartPower 3.0

Bercakap mengenai telefon pintar, salah satu perkara yang diberikan perhatian ramai pada hari ini adalah sokongan bateri yang disertakan olehnya.

Honor 5x hadir dengan bateri berkapasiti 3000mAh, dan menyokong pengecasan 2A untuk membolehkan ia dicas dengan pantas.

honor 5x

Penggunaan teknologi SmartPower 3.0 juga membolehkan penggunaan tenaga dikurangkan sehingga 30%, disamping bateri yang bertahan lebih lama berbanding kebiasaan.


Dengan pelbagai penawaran teknologi menarik dan baru ini, Honor 5x semestinya salah satu telefon pintar yang bukan sahaja tersedia untuk masa kini, malah turut boleh digunakan untuk tempoh setahun dua akan datang.

Apa yang lebih menariknya adalah telefon pintar dengan rekaan logam ini turut ditawarkan pada harga yang rendah berbanding sejumlah peranti lain dipasaran.Honor 5x akan dijual pada harga RM899 untuk warna perak, dan RM 939 untuk warna emas dan bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, boleh melayari laman Vmall hari ini, dan membuat pembelian terus melaluinya.

Beli: Honor 5x di Vmall

Penafian: Advertorial dari Honor Malaysia


TIPS & ULASAN