Cari @ Amanz

Celcom Memperkenalkan Pelan Perayauan Bermula RM10 Sehari, Termasuk Wonderoam Mingguan Berharga RM138

Oleh Aman

Link Copied!

Selain penawaran talian telekomunikasi dalam negara, kini syarikat telekomunikasi juga bersaing dalam menyediakan tawaran terbaik kepada pengguna yang sering ke luar negara untuk tujuan bercuti ataupun kerja. Hari ini, selain daripada U Mobile yang menawarkan pelan perayauan terbaru, kini Celcom turut mengumumkan pelan terbaru mereka dibawah jenama Wonderoam.

Celcom menyediakan tiga pelan dibawah Wonderoam yang boleh digunakan oleh pelanggan prabayar dan juga pascabayar.

Yang pertama adalah Wonderoam untuk tempoh sehari berharga RM10. Pelan ini dikhususkan untuk para pelanggan Xpax, dimana pada harga RM10 sehari, mereka boleh kekal berhubung di lebih 10 buah negara. Celcom mengatakan Wonderoam RM10 sehari ini menawarkan akses sehingga 1GB pada Facebook, Twitter dan WhatsApp, selain akses internet pantas 50MB dan internet pada kelajuan asas (64kbps) sebanyak 50MB. Ia boleh dilanggan dengan mendail *118# > Wonderoam.

Celcom Wonderoam

Disamping pelan asas RM10, pihak Celcom turut menyediakan Wonderoam sehari pada harga langganan RM38. Celcom mengatakan ia akan dicaj automatik kepada pelan pascabayar pelanggan apabila mereka menggunakan data sebanyak 50MB dan ke atas, dan akan aktif automatik apabila pengguna berhubung ke talian rakan Celcom di lebih 165 buah negara.

Celcom Wonderoam

Disamping kedua-dua pelan berkenaan, Celcom turut menyediakan pelan khusus untuk pelanggan First Gold dan First Platinum. Dinamakan sebagai Wonderoam 1 Week RM138, ia menawarkan panggilan tanpa had, SMS tanpa had, dan data internet sebanyak 3GB untuk digunakan selama seminggu di luar negara.

Celcom Wonderoam

Celcom Wonderoam

Pelan perayauan baru ini semestinya mengembirakan ramai pelanggan Celcom, terutamanya yang kerap ke luar negara dan ingin kekal berhubung di sana. Celcom pada acara sama turut mengatakan mereka akan memperkenalkan pelan baru dinamakan First Platinum secara rasminya esok.


Komen ()