Lenovo A7000 Mula Menerima Kemas Kini Marshmallow

Lenovo A7000 Mula Menerima Kemas Kini Marshmallow

Diterbitkan pada Apr 14, 2016 oleh .

Sudah masuk suku kedua 2016 dan semakin ramai pengeluar akhirnya memberikan kemas kini ke Android Marshmallow. Awal minggu ini Sony mula memberikan kemas kini Marshmallow untuk Xperia Z3. Z3 Compact dan Z2. Hari ini Lenovo pula memberikan kemas kini untuk peranti A7000 mereka. Telefon pintar ini ialah peranti pertama di dunia yang menyokong sistem audio Dolby Atmos.

Lenovo A7000Buat masa ini kemas kini sebesar 1.3 Gigabyte yang diberikan secara OTA sudah diterima oleh pengguna di India.  Pengguna di pasaran lain pastinya akan menyusul. Sekiranya anda memiliki peranti Lenovo dan ingin mengetahui sama ada peranti anda akan menerima Marshmallow, anda boleh membaca senarai lengkapnya di sini.


TIPS & ULASAN