Cari @ Amanz

Terdapat beberapa perkhidmatan yang memudahkan anda menyimpan sebarang pautan web untuk diakses pada masa akan datang atau bila anda lapang – termasuk salah satu yang popular adalah Pocket. Kini, Google turut hadir dengan sebuah pemalam mereka tersendiri dalam memudahkan pengguna menyimpan pautan untuk diakses kelak.

Save To Google

Daripada penerangan yang disediakan oleh Google, pemalam ini membolehkan pengguna menyimpan sebarang pautan, dan seterusnya ia boleh diakses melalui laman Google Save. Laman berkenaan masih belum aktif lagi buat masa ini, membuatkan beberapa pautan yang disimpan tidak boleh diakses lagi. Google Save ini juga turut dilihat menyertakan fungsi tags untuk memudahkan pengguna membuat carian pada masa akan datang.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkan fungsi Google Save ini secara rasminya. Mungkinkah kita akan melihat evolusi fungsi Google Star ini mendapat perhatian dan minat ramai dalam menggunakannya sebagai ganti kepada Pocket dan lain-lain?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd