Microsoft Kini Menyediakan Halaman Daftar Minat Mencuba Papan Kekunci WordFlow Untuk iOS

Microsoft Kini Menyediakan Halaman Daftar Minat Mencuba Papan Kekunci WordFlow Untuk iOS

Diterbitkan pada Apr 15, 2016 oleh .

Desas-desus berkenaan Microsoft yang bakal membawa papan kekunci popular Windows Phone mereka ke arena iOS bukan sesuatu yang baru. Kini, Microsoft sendiri mengesahkan perkara berkenaan dengan menyediakan halaman untuk pendaftaran minat bagi mencuba aplikasi papan kekunci berkenaan pada iOS.

Papan kekunci Word Flow pada Windows Phone sebelum ini agak popular dan memfokuskan kepada kemudahan pengguna menaip dengan pantas berbanding pelbagai papan kekunci yang lain. Pada Windows Phone, ia hadir terbina, tetapi untuk iOS ini, pihak Microsoft menyertakan beberapa perubahan yang lain.

WordFlow iOS

Antaranya adalah kebolehan mengubah gambar latar dengan gambar pilihan pengguna sendiri. Disamping itu, Microsoft turut memudahkan proses menaip dengan satu tangan melalui sebuah mod khusus yang mengubah posisis kedudukan papan kekunci berkenaan ke bahagian penjuru tepi.

Disamping itu, Microsoft turut mengekalkan fungsi seperti ramalan perkataan yang ingin ditaip, termasuk nama pengguna daripada buku alamat.

Buat masa ini, Word Flow masih pada peringkat beta tertutup untuk iOS, dan mungkin akan diperkenalkan secara rasminya tidak lama lagi kepada semua pengguna peranti iPhone dan iPad.

Daftar : WordFlow untuk iOS


TIPS & ULASAN